Friday, June 26, 2009
Masalah Teknikal
Aku tak tahu apa masalah tak bleh nak loading video dalam blog nih... dah berjam-jam upload tapi tak masuk masuk... dah berkali-kali dicuba, tapi masih tak bleh masuk.
Korang ada idea ker, kenapa jadi macam nih?....
Hi_Rail: Dah sampai tahap bosan dah ni...
Saturday, June 13, 2009
Jamming Video 12062009
Salam suma,
Jamming malam 12-Jun-2009 berjalan seperti dirancang... cam biasa, aku sampai dulu. Bila la masanya aku boleh datang paling lambat?..
...walaupun nyaris di batalkan di saat-saat akhir kerana aku terpaksa hantar dan ambil anak dari Tuisyen. Adik ipar yang aku harap untuk tolong ambilkan, balik kampung di Perak. Petang tu baru bagitahu, so... nasib baik adik ipar yang satu lagi boleh tolong ambilkan...
Tu dia komitmen aku... datang awai, tepati janji, perkara akhir yang aku terfikir nak buat adalah batalkan rancangan jamming ni...
Malam tu tak berapa menjadi.... almaklumlah.... bukan selalu jamming dah. Pegang gitar pun dah kureng... jari jemari suma dah keras... melepuh kulit jari aku... lupa-lupa... complete package la!
Jo tak bawak bass dia... tali karat. Bukti dah lama tak main. Tu la pasal lagu merah tak carik carik lagi...
Hanizam join malam tu.. walaupun lewat. Dia masih cam tu. Tak pernah jumpa bunyi dan sound yang dia nak... Orang cakap beli gitar dan gadjet sendiri dia tak nak dengar... ceh!.. al crettt!
AbeWei datang bawak kawan, Azrul. Boleh tahan suara. Ada potensi jadi penyanyi Kaypo!. Syabas AbeWei. Beberapa lagu yang dinyayikan oleh Azrul ada dalam kamera Wan... Tak dapat nak upload lagi. Ajak dia datang lagi nanti....
AbeWei sendiri banyak terbabas... dia banyak syok sorang-sorang... tapi kira orait la...
Next, aku tak tahu. Biar korang yang arrangekan pulak. Bagitahu jer... komitmen aku yang paling hebat setakat nih...
Ala, korang pun tahu!
Ni... buat santapan kalian... (Ada problem uploading file...)
Yang lain, tunggu AbeWei kongsi....
Hi_Rail: Harapnya korang masih komited... bukan kometot.
Wednesday, June 10, 2009
Jamming on 120609 (Plan)
Jamming pada 12-Jun-2009 sedang dirancang...
InsyaAllah, kalau sempat 'buku' studio, terlaksana jugak la impian AbeWei nak test camera dia..
Opss.. lupa nak tanya. Kamera baru atau kamera lama tu?
Siap bagi senarai lagu untuk direkodkan dengan kamera tu... Keliru, Gerhana, Hati Emas, Hukum Karma....
Selain Hukum Karma, yang lain dah memang 'hukum karma' dah... lama betoi tak main... Nak kena rehearse balik!... Hari tu pun dah kantoi...
Argh... momentum cam dah datang balik jer si Abe Wei nih... Dulu kalau jamming ni, kira Gerhana, sekarang cam dah berhati emas pulak, itu yang Keliru tuh... Hukum karma la kot?
Entah entah, lari dari tugas membasuh pung***g anak-anak tak!?... hik hik hik...
Hi-Rail: Rock bro!... Blasah jer..
Tuesday, June 2, 2009
Cuti Sekolah
Cuti penggal persekolahan bermula Sabtu lalu untuk selama 2 minggu... Alahai! besh nyerrrrrr. Waktu cuti sekolah, aku dan keluarga biasa nya memang ada perancangan untuk pergi bercuti la.
Kali ini kami akan ke utara sekali lagi pada 5 Jun ini sehingga 10 Jun nanti. Makan angin utara la pulak!
So, korang pun mesti ada kan?
Selamat bercuti sekolah dan makan mana mana angin.
Hi_Rail: Kemana kalian bercuti?


