Hari lebaran, EidulFitri hampir tiba. Selepas sebulan berpuasa sebagai latihan menuju ketakwaan yang hakiki, maka tiba lah hari di mana kita kembali kepada fitrah kita... iaitu makan dan minum. Jadi, hari raya adalah hari untuk meraikan kemenangan.
Aku ingin memohon maaf zahir dan batin, halalkan termakan dan terminum, tersalah kata dan perbuatan, jangan di simpan di dalam hati... maklumlah, bila berkawan, macam-macam telah berlaku... Aku telah maafkan kalian (sekiranya ada) dari dulu, sekarang, mahupun masa akan datang.
Aku design kad dibawah untuk kita semua...
Taqabalullahu minna waminka (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu), amin!
Hi_rail: Bila mau jamming???...


