Wednesday, January 27, 2010

Toy Baru Gitarist Korang... Percaya Tak????

Salam,

InsyaAllah, ini lah 'toy' baru aku yang akan datang.... di ulangi... akan datang
:P :P :P



Amacam?... sesuai tak ngan gitarist korang nih?

Korang percaya ker tak???

Berangan kah aku?....


Hi-rail: Nak tumpang?... tumpang lalu yer pak!?

Aku Nak Pegi Memancing

Salam,

Nampaknya gitarist ini perlukan satu transformasi... telah mendapat kaki-kaki pancing group Spanjitsu. Kami nak pegi memancing di Teluk Gong pada 05/02/2010 jam 10 malam hingga pagi keesokan harinya.

Kami nak memancing di kelong... rujuk http://dsangkarkelong.blogspot.com/

Band member Kaypo ada yang nak ikut tak? Jom join aku. Bleh kita borak pasal gitar dan jamming kat sana sambil tunggu pagi.

Kos dalam RM50 termasuk pengangkutan ke Kelong dan umpan....

Ada berani????



Hi_Rail: Cari hobi lain pulak!

Pengetahuan Umum - Tips Memilih/Membeli Gitar

Salam,

Dibawah ini ada info yang berguna untuk dijadikan panduan dalam membeli atau memilih sebuah gitar idaman anda.

http://www.zairul.com/tab-kod-gitar/panduan-membeli-memilih-gitar/

Info ini berguna, sekurang-kurangnya kita dapat panduan sebelum dan semasa membuat pilihan. Ushyar-ushyar dulu, kata orang muda.

Di samping itu, sekiranya rajin, Bro Zairul ada membuat sedikit panduan tentang bermain gitar.

Tabik kepada Bro Zairul atas informasi yang ringkas dan padat untuk kaki yang baru nak bertukar kepada 'kaki gitar'.

Kalau korang rajin, tengok-tengok lah.

Kalau kaki drum atau bass... kena cari info lain. Kalau ada, share lah. Boleh masuk kat blog ini.


Hi_Rail: Untuk rujukan bersama

Sunday, January 24, 2010

Jamming 220110

Salam,

Kali ni jamming, aku datang lambat sebab hujan... So, 15 minit lewat.

Overall, ok lah....

Oh Kamelia... Sweet Charity dan Abeit G Ade mesti dia nangis kalau dengar kami jamming lagu nih... versi 'hentam saja lah!'....

Taman Rashidah utama dah jadi '...sebuah kubur cina'

Permulaan jamming memang membosankan sebab sound tak mari.. rupanya sebab Marshall tak panas lagi. Tak der orang jamming sebelum tu... Sound out. Termasuklah sound bass Jojo... aku dah nak give up pun masa tu...

At last, sound mari jugak... itu pun selepas 1 jam...

Gitar Squire Lan memang berantu. Best la main fender Squire. Zam pun berminat... tapi Lan tak nak jual la... Zam bleh beli squire lain dan hantar BoyRoy set up kan!... emph! apa lah alasan dia pulak kan?

Beberapa gambar aksi TT di kedai mamak!

Video tengah edit. Ada masa, aku upload!.

Aku tak tahu nak cakap apa.. tengok lah aksi aku...


Citer bisnes pulak si Abe Wei nih...Jojo macam paham jer...

Zam tengah fikir dan senyum kelat nak bodek gitar si Lan... Lan buat derk jer!

Zam tengah bodek lagi tu..... menyendeng ada makna tu.



Hi_rail: Aku nak cari Fender pulok!

Thursday, January 21, 2010

Jamming Session Dijadualkan Pada Jumaat 220110 di Orange Studio, Jam 9 malam

Salam,

Malas nak cerita.

Tajuk menceritakan segalanya.




Hi-rail: Sajerrrr... tengah landing baeeeeeeeiiiiikkk punya!

Sunday, January 17, 2010

Kaypo Ajer Lebih!..

Salam...

Dalam dua minggu nie, memang ada momentum nak jamming... tapi, beberapa kali arrange, semuanya tak menjadi... keh keh keh... Kaypo betul!

Jari aku pun dah lembut balik... jari korang? kaki korang?...

Jumaat lalu, jumpa AbeWei dan Jojo di masjid. Sempat cerita pasal nak jamming pada petang tu jugak... heh heh heh.. nasib baik aku ni pekerja soleh (sebab byk kerja la tu...). Kalau tidak, memang jadi tang tu jugak.

Beberapa pendapat tentang lagu-lagu baru nak maen...

1. Analogi - Search... nak asah balik lagu nih
2. Cekal - XPDC... nak refresh la...
3. Kamelia - Sweet Charity... tak carik lagik... :P
4. Black Magic Woman - The Great Santana.... pergh!....

Lagu Santana tu, kena betul feel dia... emph!... first time nak maen lagu Santana.. dengar dengar cam boleh bawak jer... tapi, betul ker Jojo boley maen lagu nie?... cam tak percayeeee!

Lan... cam nie la piel (perangai) budak-budak Kaypo nih!... kalau ko nak tahu!

Kik kik kik...



Hi_rail: Semangat ada...

Friday, January 8, 2010

Minggu Ini Tiada Jamming Session

Salam,

Minggu ini tiada jamming session atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Ada member yang telah punya komitment lain.

So, kita dok rehat-rehat dan practice cari lagu hujung minggu nih...

Sweet Charity: Kamelia dan Teratai...

Boleh ker?....



Hi_rail: Tengok link video u-tube

Tuesday, January 5, 2010

Apa Pendapat Korang?

Salam...

What do you think?....

Patutkah kita?... sudah layakkah kita?... mampukah kita?...

... untuk expose diri kita keluar????

Setakat ini, hanya Jojo yang pernah experience ...


Hi_rail: Sajer la nak tahu pandangan ikhlas korang tu...

Next Jamming & Roti Canai Session

Salam,

Bila kita nak sambung sessi seterusnya? Weekend ni cam free, tak der plan lagi...

Jojo, kindly arrange ngan member suma... lepas jamming kita pekena roti canai, roti bom, roti prata dan segala macam roti...

Band members yang lain, kena reserve you all punya time la... Likely this coming Friday or Saturday...

Aku tak ingat lagu baru AbeWei suruh carik... Aerosmith ka, Kiss ka, ACDC ka... tak tahu lagu mana... Kasi komen sikit kat sini, AbeWei oiii...

Tis time aku nak kita mantapkan lagu Semangat Yang Hilang dan Taman Rashidah Utama... kita dah hampir benar. Setelah aku dengar video session minggu lepas versi Kaypo, aku dapati...

Zam.. timing koding ko tak masuk...mungkin salah kod pung... ko main lagu Siti Norhaliza ke?... Kocok lari... apa lu bikin?
Jojo.. ko punya tempo ada sikit serong la (aku tahu ko suka pukul serong pun!.. :P). Kasi letup la!!... Ini bukan lagu joget...
AbeWei.. ketuk tu, jangan merapu.. walaupun Jojo merapu giler... ko pegi mana? Ini lagu wings la, bukan MUH...
Lan... sora ko cam Herman Tino jer aku dengar... ko pinjam selendang bini BoyRoy tu, kira masyuk betul la...
Aku.. cam biasa... perfect. Aku kan lead!... feel giler.... :P. (Syok sendiri la tu!..)

So, lu pikiaq la...

Aku nak tido...


Hi-rail: waktu sekarang jam 4:14am ni. Aku tak leh tido, tu pasal aku merapu... tapi aku tak mengigau. Aku serius!.. kik kik kik

Sunday, January 3, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Salam,

Masih belum terlambat untuk aku merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru 2010 buat semua band member Kaypo dan juga yang menjadi sebahagian daripada lingkaran sejarah Kaypo dalam arena muzik antarakita (kik kik kik)...

Moga tahun mendatang lebih memberi inspirasi kepada kita untuk terus KAYPO!!!!...

Teruskan lah ber kaypo!!!, ok?



Hi-rail: Kita akan tambah koleksi lagu jamming tahun ini..... orait!!?

Saturday, January 2, 2010

Jamming 01012010

Salam,

Jamming session di Orange Studio ( lagi...) jam 9 malam hingga 11 malam...

Jamming tahun baru... semangat baru... cam ok jer tahun 2010 nanti. Itu pun berdasarkan keazaman yang ditunjukkan oleh member semua malam tadi la .. al maklumlah... air laut pun ada pasang surutnya...

Overall malam tadi aku rasa ok la... nak upload video, tapi ada masalah sistem bunyi... kamera aku dah tak betul dah... sound tak besh... afterall, semua lagu-lagu biasa jerk!...
Ngomel-ngomel;

Semangat yang hilang - XPDC: dah hilang sungguh tempo dan koding korang ek! Korang ada semangat lagi ker bawak lagu ni? Main tak abih pun...

Taman Rashidah Utama - Wings: Boleh la.. aku ingat ini lagu baru kita nak perfect kan?.. korang... korang... lupa kod yer?... fikiran korang kat taman bunga kot?

Merah - Def Gap C: Ok la.. tapi some part ada yang tak smooth lagi...

Lagu-lagu lain tu... walaupun biasa main, banyak gak yang lupa.... :P.
So, average jer la... lain lah kalau korang rasa korang perform gilerrrrrrr ... :p

Malam tadi Hanif datang jengok-jengok dan sempat menggentel 2 lagu GNR... menyolo guna JS aku tuh... kata Lan, sifu dia... emph... dasat tu, memang guitarist la. Aku segen gak....

Nanti boleh jadi Sifu aku pulak.. kan kan kan?

Lepak lepas jamming... cam tak klimak jer, kan????
Gaya Lan... orang hebat nih....


Anyway... jumpa lagi nanti..... next session... kik kik kik.

Hi-Rail: Selamat Tahun Baru, geng!... malam tadi, korang dah salin kulit kan?

Kenang-Kenangan