Thursday, February 25, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431H

Salam,

Buat band member, selamat menyambut Maulidur Rasul. Hari kita mengenang kembali kelahiran manusia agung, Rasullullah SAW. Yang penting, kita kena banyak menghayati sunnah Rasul.

Dikesempatan ini, selamat bercuti juga.

Jojo pergi jalan-jalan Teluk Batik.

Aku balik rumah mak mertua dan akan pergi Teluk Batik jugak.

AbeWei dan Lan tak dapat maklumat.

Zam pulun kerja cam biasa, aku agak ajer la!...





Hi_rail: Minggu depan kita sambung.

Wednesday, February 24, 2010

Ulasan Jamming 220110

Salam,
Jamming sedikit lewat dari yang dijadualkan namum berjalan dengan baik. Beberapa jangkaan menjadi kenyataan;

1. Nazri tak 'muntah kempunan' sebab akhirnya dapat menyanyikan lagu Bukan Milik Aku dengan band yang hebat ini. Tidak dinafikan juga, suara sebu-sebu yang disebut itu memang menjadi kenyataan. Sendiri mau ingat da!...

2. Akibat itu juga, andaian sakit tengkuk juga hampir menjadi kenyataan apabila sakit tersebut beralih pula ke badan belakang... dua tiga hari merungut... kik kik kik
3. AbeWei lambat sampai dalam 30 minit. Katanya dia terlalu khusyuk solat hajat sebelum pergi.... Jojo awal sikit dari AbeWei... Namun, tak dapat menandingi time management dari aku dan Nazri... dua macho hebat!..

4. Hanizam, seperti yang dijangkakan tidak sanggup 'tuang' kerja... tapi sanggup 'tuang' kawan-kawan. 'Work first' katanya.

5. Mulanya Lan tidak hadir, tetapi menepati ramalan bahawa jemputan group hebat ini tidak akan disia-siakan. Komited... datang terus dari tempat kerja.

6. Aku menyanyi juga akhirnya... dapat jemputan lagi, lagi... dan lagi... korang acknowledge attitude dan bakat aku!. Aku faham tu...

7. Jamming sampai 3 jam la... bagi chance kat gitarist band yang dah 'hancussss'... heee...
Sambil-sambil tu... enjoy suasana dan gambar korang di bawah;


Akhirnya... bersantai di Restoran Salam Marhabbah...




Hi_Rail: Syok giler.... ada jemputan nak repeat lagi!... aku faham la kenapa

Thursday, February 18, 2010

Rancangan Jamming Ditunda ke 20022010

Salam,

Update jamming session yang dijadualkan pada 19-02-2010 jan 9 malam telah ditunda kepada 20-02-2010, di tempat biasa, jam 3 petang.

Alasan penundaan ini adalah untuk memberi laluan mudah kepada Nazri untuk join jamming session ini kerana beliau telah lama rindu dan kempunan untuk menyanyi bersama band hebat ini. Untuk mengelakkan beliau muntah kempunan, maka ahli band sepakat menunda sessi ini.

Lagi pun untuk mengenangkan kehancuran band beliau, beliau teringin untuk menyanyikan sebuah lagu berjudul "Bukan Milik Aku". Lagu yang dikatakan mampu mengeluarkan suara merdu sebu beliau.

Khabarnya, sudah lama tak membingitkan telinga, so, aku menjangkakan beliau akan sakik tengkuk nanti.

:P


Hi_rail: Tengok lah nanti.........

Toy Aku.. WRB 3114

Salam,

Finally... at last... idamanku.. Klik gambar untuk zoom...




Hi_rail: Aku tak berangan dan bermimpi lagi... dah lama mengidam dan mencari.

Wednesday, February 17, 2010

Rancangan Jamming 19022010

Salam,

Rancangannya cam biasa, jam 9 malam, 2 jam, Orange Studio BoyRoy.

Khabarnya, Zam tak dapat join sebab nak pulun OT!... jangan silap, bukan nak beli gitar Fender... Tak ada dalam pemikiran pun tu!

Nazri cam nak ikut.. tapi tak konfem boleh ke tidak malam tu. Maklumlah, dah jadi orang Nilai, Orang Noghori yang cakap Kedah!... yer dak no?

Lan tak dengar berita... minggu lepas time tak jadi tu, dia ada tanya... agaknya jarang sangat dah dia masuk blog ni. Kalau ko baca ni, ko pandai-pandai la Lan. Kontek Jojo...

Jojo... dia la yang akan uruskan.

Aku... tengah syedap melayan Toy baru... tak der masa sentuh JS... Jangan mareeee uh!



Hi_rail: Ala... lagu biasa jer pun!

Apa Jadi Dengan Rancangan Lagu Baru?

Salam,

Ada beberapa lagu baru yang nak di jammingkan... tapi hairan jugak kerana semua lagu tak pernah menjadi... apa sebenarnya yang terjadi?

Lagu Kamelia... macam Jojo yang tak carik nih?... stop half way...
Lagu Santana Black Magic Woman... tetiba Jojo kata tak mahu main lagu nih?... susah katanya.
Abe Wei cadangkan main lagi omputih pulak... tapi cam ada disconnect jer somewhere aku tengok, lebih lebih lagi si Jojo tu...

Abihnya, main lagu-lagu biasa jerk!

Emph... aku terfikir....

Nampak tak mana persamaannya?



Hi_Rail: ko kena jawab la Jojo... :P

Saturday, February 13, 2010

Fender

Salam,

Best la main fender.... First time aku rasa best main fender.

Dulu aku ada try main Fender... Bro BoyRoy ada rekemen satu. MIJ hitam. Kemudian ada lah kawan aku punya tu... Strat reissue 67 (Kot?) MIJ..
...tapi tak besh mana pun.

Well..... 'not my type' la, aku fikir.

Hari tu...emph!... terbekenan pulak!

Tekad nak cari satu... Dah sampai seru nih.

JS?...
Nanti lah aku fikirkan dulu...



Hi_rail: Tolong aku... aku dah giler bayangan Fender!

CNY Tahun Harimau

Salam,

Tahun ini Tahun Harimau mengikut kalender masyarakat Cina. Apa pun, ia nya membawa makna yang positif pada aku juga...

Maksudnya... cuti sakan...

Rancangan banyak, tapi tak tahu nak buat yang mana dulu. Selalunya tinggal rancangan aje!...

Minggu ni, aku pasti ramai yang dah ada plan sendiri... tak dapat nak jamming.

Yang kerja, teruskan kerja.. cari duit lebihhhhhhhh
Yang balik kampung, teruskan balik kampung... yey yey yey
Yang cuti-cuti malaysia, enjoyyyyyyyy



Hi_Rail: Aku ke sana ke mari...

Thursday, February 4, 2010

Jom Jamming

Salam,

Lama tak update blog sebab streamyx aku ada problem. Kata TM, aku punya modem kong!...

Malam ini, 05022010 jam 9 malam di tempat biasa, Orange Studio Alam Megah.

Sessi belasah ajer la..... Maklumlah.. rancangan awal nak pegi memancing tak menjadi kenyataan.

Jumpa sana!




Hi_rail: Tak ready mana pun...

Kenang-Kenangan