Jamming sedikit lewat dari yang dijadualkan namum berjalan dengan baik. Beberapa jangkaan menjadi kenyataan;
1. Nazri tak 'muntah kempunan' sebab akhirnya dapat menyanyikan lagu Bukan Milik Aku dengan band yang hebat ini. Tidak dinafikan juga, suara sebu-sebu yang disebut itu memang menjadi kenyataan. Sendiri mau ingat da!...
2. Akibat itu juga, andaian sakit tengkuk juga hampir menjadi kenyataan apabila sakit tersebut beralih pula ke badan belakang... dua tiga hari merungut... kik kik kik
3. AbeWei lambat sampai dalam 30 minit. Katanya dia terlalu khusyuk solat hajat sebelum pergi.... Jojo awal sikit dari AbeWei... Namun, tak dapat menandingi time management dari aku dan Nazri... dua macho hebat!..
4. Hanizam, seperti yang dijangkakan tidak sanggup 'tuang' kerja... tapi sanggup 'tuang' kawan-kawan. 'Work first' katanya.
5. Mulanya Lan tidak hadir, tetapi menepati ramalan bahawa jemputan group hebat ini tidak akan disia-siakan. Komited... datang terus dari tempat kerja.
6. Aku menyanyi juga akhirnya... dapat jemputan lagi, lagi... dan lagi... korang acknowledge attitude dan bakat aku!. Aku faham tu...
7. Jamming sampai 3 jam la... bagi chance kat gitarist band yang dah 'hancussss'... heee...
Sambil-sambil tu... enjoy suasana dan gambar korang di bawah;



No comments:
Post a Comment