Tuesday, April 27, 2010

Kawan Lama Kembali...

Salam,

Kawan lama dan salah seorang anggota asal kumpulan Kaypo (dahulunya tidak bernama) telah kembali ke Malaysia selepas melanjutkan pelajaran di UK, menyambung PHD... Isteri dia lah!... dia dapat PHD jugak, tapi PHD suri rumah tangga... 4 tahun!. Hebat tu...

Dahulunya bermain sebagai drummer.

Dia lah sebenarnya punca yang memporak perandakan kumpulan kami dengan pemergiannya ke UK.... berbelas drummer seramai 3 orang, kami cuba untuk mempastikan kumpulan kami tidak terkubur.

Pengalaman pahit yang tidak dapat dilupakan bila mana Jojo telah di cret secara hatrik oleh drummer palsu... Di situlah perkataan Cret telah mendapat definasinya.

Kepulangan yang khabarnya tidak dengan tangan kosong... membawa alatan2an muzik dari UK, ingatkan buah tangan untuk kami... rupanya, ceh!.. cret jugak!..

Siap ajak jamming lagi... korang fikirkan lah... patut ker?. Geram betul aku...

Berita tiada.. e-mail tiada.. tiba-tiba...

Tapi kami memang orang yang berhati lembut... tiada dendam... kerana AbeWei telah menjadi seorang drummer hebat... lebih hebat dari Drummer kami yang asal. (Korang fikirlah sendiri siapa dia!..)

Tanpa perlu diperkenalkan lagi ... Dr. Azlim (Suri rumah tangga)








Ha ha ha....

Hi_rail: "Selamat kembali Azlim!...." Nanti kita jamming.....

No comments:

Post a Comment

Kenang-Kenangan