Salam,
Diam tak diam, rupanya kumpulan Kaypo telah menjangkau usia 4 tahun. Cerita awal penubuhan ada di address url berikut: http://kaypo.synthasite.com/
Masih kekal dengan kebanyakan anggota asal, Kaypo meneruskan perjuangan dan hobi bersama ini bagi mengeratkan hubungan antara anggotanya. Sebahagian cerita sessi 2009/2010 ini...
Kedatangan baby baru dengan Bartoloni nyer telah meng'grooved' kan si Bassist - Cretter Agong kumpulan Kaypo... baru ada umphhh... Bunyi sangat merdu ketika Padamkan Lampu Tidurmu.. Semerdu apabila dia men'cret'..
Ke'mantop'an pemainan Kaypo telah menarik beberapa gitarist 'tak terkenal' tanahair seperti Lan Fender, Haniff dan Din untuk berjamming bersama guitarist utama kumpulan ini yang dikatakan mempunyai feel petikan iras-iras Joe Satriani. Apatah lagi kerana second guitarist selalu ponteng session tetapi rajin pergi kerja. Macamlah kerja dia penting sangat... hak hak hak :P
Drummer pula telah mulai menunjukkan kesopanan dengan menyorok 'metronome'nya ketika bermain supaya tidak mengganggu permainan anggota lain. Ke'ganasan' memang menyerlah apabila kerap didenda kerana memecahkan kulit yang memang nak pecah dan selalu pula mematah dan menerbangkan beberapa chopstick. Kalau nak kira gelak, dia lah yang paling selalu gelak permainan sendiri...
Bertambah ceria dengan kembalinya drummer asal diawal sejarah penubuhan kumpulan ini iaitu Sdr Azlim. Permainan yang semakin matang dan serasi. Bermulalah aktiviti berebut untuk menunjukkan kehandalan masing-masing antara drummer sekarang ngan drummer asal... Tapi, masing-masing ada kelebihan tersendiri... dua-dua memang best.
Tahun 2010 menyaksikan Kaypo merekrut penyanyi yang bersuara 'jawa'... masih dalam pembikinan... walaupun tak sehebat Amy, Mus, Awie atau Mael, kehadiran Wak Faisal memang menceriakan setiap kali session. Dapatlah dia melatih urat-urat leher bagi nampak 'muscle'.. Pilihan lagu-lagu 'kacang' Kaypo telah dengan mudah men'gacang'kan penyanyi ini untuk me'yumbang'kan kebanyakan lagu... kik kik kik
Beberapa lagu-lagu baru mula dimainkan dengan meninggal beberapa lagu routine yang lama sebagai menambah koleksi lagu.
Kurangnya video yang diupload kerana mutu audio yang kurang memuaskan akibat alat perakam yang spoilt. Tapi, korang memang hebat!!!!!!!
Impian aku di suatu hari nanti adalah untuk berjamming dengan 2 set drum, 3 guitarist, 1 bassist dan 5 penyanyi... mungkin ka?
Hi_rail: So, aku ucapkan Selamat Ulang Tahun ke-4. Teruskan ber'kaypo'.... :)
Sunday, September 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment